e diel, 12 gusht 2007

Trip Memburu baung di tasik kenyir

Pada 10 & 11 Aug kami telah menjayakan expidisi memburu ikan baung di tasik kenyir.Kali ini kami lepak kat rakit peradise resort. Kami semua berkumpul di warong sebelah BSN bandar kuala berang. Lebih kurang pukul 1030 am kami pun bertolak ke resort...

Kami sampai di resort lebih kurang pukul 1115am. Semasa sampai disana... kami pun terus angkat peralatan memancing ke bilik yg disediakan. Sampai je kami terus dijamu dengan durian kuala berang.... wah.....hebat..tapi aku tak makan pasal kepala sakit..he..he..he.

Semasa menunggu makan tengahari disediakan, Kami tanpa membuagn masa terus mencuba nasib kat tepi bilik kami.. Kawan kita Syahril dapat menaikan anak-anak kaloi....rasanya lebih kurang 15 ekor dia sorang...he..he..he.. training melayan ikan. Jai pun tak kurang
hebatnya..menawan anak kaloi...

Kami semuanya kelaparan...tetiba suara bro.amri panggil kami semua ajak makan tengahari...apa lagi belasah je lah...perut tengah lapar.. Menu kami ikan baung masak kicap..memang best. lepas makan kami pun bertolak ke lubuk memancing. Kami bergerak mengunakan 2 speed bot. satu bot dipandu oleh kawan kita..Jailani...boleh tahan juga dia bawa bot.

Petang ni tangkapan kami tak banyak cuma anak belida dengan ikan baung kecik je... keesokan paginya aku dengan eric keluar memancing yang lain semunya lepak memacing kat resort je... dan pergi mandi kat water fall tak jauh dari situ. Tangkapan pagi ni kira OK juga lah.. dapat baung besar dan belider. Senarai juara seperti dibawah:
1. Juara Kaloi.... En. Syahril = 15 ekor kaloi..sapu bersih.. 2. Juara Tekong.. En Jailani 3. Juara belider.. Eric = 4kg 4. Aku juara ikan ubi je..he..he..he..he.. Yang lain sembang pah ceroh...ha..ha..ha..ha.. tangkapan keseluruhan tak termasuk yg terlepas dan yg tak ditimbang( ikan kecil & kaloi kita lepaskan) ialah 6.5kg je....