e martë, 13 nëntor 2007

Kenyir trip...musim hujan

08 November 2007, kami pergi memancing ke tasik kenyir seperti yang telah dirancangkan, Bagi geng paka iaitu, Vai, Bob & Nuar Demi bertolak awal pagi dari paka menuju ke kenyir. Aku pulak dari kuala terengganu. Kami semua bertemu di pasar jagung simpang Kuala Berang .

Semua kelengkapan telah cukup dan kami terus kan perjalanan menuju ke destinasi iaitu Musang Rakit resort. Cuaca pada hari tak berapa baik…. Hujan…tapi tak lah lebat sangat. Kami sampai di resort lebih kurang pukul 1245pm.. sampai saje satu fenoma biasa berlaku dikenyir… air keruh macam air teh tarik…. Air pun surut lebih kurang 10kaki.. keadaan air keruh mmg sukar unutuk mendapat ikan..tapi kami memberanikan diri untuk mencuba nasib. Setelah mendapat kata sepakat kami semua setuju untuk keluar memancing selepas makan tengahari.

Lepas makan tengahari 2 bot telah dikeluarkan oleh bro Amri… 1 bot utk 2org.. aku bersama dgn Vai dan Bob bersama dgn Nuar Demi. kami mudik ke hulu…tapi air terlalu keruh dan banyak kayu yg hanyut. Lalu kami pun patah ke hilir.. mencari air yg agak jernih… bila dah jumpa lubuk apa lagi pancing lah…

Tapi untuk trip ni selama 2hari 1 mlm agak mengeciwakan.. kerana tangkapan kurang memuaskan .Tapi memang lumrah kaki pancing.. ada masa dapat ikan ada masa tak dapat ikan.. Lagi pun cuaca tak menentu…2 hari kami disana 2 hari hujan….



Aku lepak tunggu ikan....Ikan semuanya pergi raya deepavali

Vai.. Taiko laut turun ke darat... he..he..he.. tak dapat ikan pun tak apa janji dapat tengok rusa liar... ( tersenyum hasratnya tercapai)



Kesetiaan Pemancing tegal...walau ikan tak makan tapi mencuba tetap mencuba... itu lah kaki pancing